Informasi

  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Program Akademik
    • Diploma UTM
      • Diploma Kej. Elektrik
      • Diploma Tek. Senibina
      • Diploma Tek. Mekanikal
      • Diploma Tek. Elektronik
      • Diploma Sains Komputer
      • Diploma Pengurusan Tek.
    • Sijil JPK
    • Kalendar Akademik
  • Berita & Galeri
  • Perpustakaan
  • Hubungi Kami
Rabu, 08.02.2012
  • Berita
  • Kursus
  • Webmail
  • Borang Online
  • Hubungi Kami

utmDMA - Diploma Teknologi Senibina (A1365)

Pelajar_DMA

Penerangan
Penguasaan dalam ilmu rekabentuk, konsep serta kemahiran dalam bidang Senibina menjadi asas kepada bakal - bakal graduan untuk mendapat kejayaan dalam mengikuti kursus ini.Bakal - bakal graduan juga akan dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari ke dalam bidang industri yang bukan sahaja memerlukan rekabentuk senibina yang menarik dan kreatif tetapi juga mewujudkan persekitaran yang berekosistem serta mesra alam.
Peluang Kerjaya

Graduan lulusan Diploma Teknologi Senibina berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.

Graduan lulusan kursus ini juga peluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan mengunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

  • Pembantu Arkitek

  • Perancang Bandar

  • Pembantu Arkitek Landskap

  • Pembantu Arkitek Jurukur Bahan

Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan bagi kursus Diploma Teknologi Senibina :

  • Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) matapelajaran lain : ATAU

  • Lulus SPM atau setaraf denganya serta mendapat sekurang kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk :

(a) Bahasa Melayu, (2) DUA matapelajaran lain termasuk lulus Matematik : ATAU

(b) Matematik DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Melayu.

  • Tempoh pengajian bagi kursus ini adalah selama 6 semester iaitu bersamaan dengan 3 tahun.

  • Yuran pengajian bagi kursus ini adalah RM 4,250 bagi satu semester.

  • Bagi kos-kos lain serta tawaran pinjaman pelajaran akan diberitahu semasa pendaftaran.

Akreditasi Pengiktirafan - KLIK
Kurikulum
Tahun 1

Teknologi Binaan 1, Grafik Senibina 1, Kemahiran Komputer, Lukisan Kejuruteraan, Rekabentuk Senibina 1, Lukisan Senibina 1, Ikhtisas Senibina 1

Tahun 2

Teknologi Binaan 2, Rekabentuk Senibina 2, Lukisan Senibina 2, Grafik Senibina 2, Teknologi Binaan 3, Rekabentuk Senibina 3, Lukisan Senibina 3, Teori Senibina 1

Tahun 3

Rekabentuk Senibina 4, Lukisan Senibina 4, Ukur Kejuruteraan, Teori Senibina 2, Ikhtisas Senibina 2, Latihan Industri 1, Latihan Industri 2

JUMLAH KREDIT - 92

Syarat Graduat
Bakal graduan perlu LULUS semua subjek di atas dengan Kedudukan Akademik Baik (KB) dan Purata Nilaimata Gred Kumulatif (PNGK) paling kurang 2.00 dan juga perlu TRAMPIL Sijil Kemahiran Malaysia Pelukis Pelan Senibina Tahap 1, 2 & 3 dalam tempoh masa yang sama untuk bergraduat.

Tempoh pengajian maksimum adalah 12 semester sahaja.
 
Banner
Copyright © 2012 Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Hakcipta Terpelihara.Penghargaan
ITPYPJ adalah salah sebuah kolej Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.