|
DMR - Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) (A1402)

| Penerangan |
-
Bakal - bakal graduan yang berjaya dalam kursus ini akan dapat menguasai konsep, ilmu dan kemahiran lukisan rekabentuk mekanikal. Bakal - bakal graduan akan dapat memenuhi pasaran bidang kejuruteraan pembuatan, paiping serta minyak dan gas.
|
| Peluang Kerjaya |
|
-
Graduan lulusan Diploma Teknologi Mekanikal berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.
Graduan lulusan kursus ini juga peluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan mengunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :
- Pereka Juruteknik Rekabentuk
|
| Syarat Kemasukan |
|
-
Berikut adalah syarat kemasukan bagi kursus Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) :
-
-
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) matapelajaran lain : ATAU
-
Lulus SPM atau setaraf denganya serta mendapat sekurang kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk :
(a) Bahasa Melayu, (2) DUA matapelajaran lain termasuk lulus Matematik ATAU
(b) Matematik, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Melayu.
- Bagi kos-kos lain serta tawaran pinjaman pelajaran akan diberitahu semasa pendaftaran.
-
|
| Akreditasi Pengiktirafan - KLIK |
| Kurikulum |
| Tahun 1 |
|
Lukisan Kejuruteraan, Proses Pembuatan, Latihan Bengkel, Kemahiran Komputer, Lukisan Rekabentuk Mekanikal 1, Bahan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 1
|
| Tahun 2 |
|
Lukisan Rekabentuk Mekanikal 2, Teknologi Instrumen, Lukisan Pepaipan Proses, Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2, Rekabentuk Vessel Tekanan, Rekabentuk Mesin 1, Kawalan Automasi, Teknologi Selenggara M. & E.
|
| Tahun 3 |
|
Pengurusan Keselamatan & Kesihatan, Rekabentuk Mesin 2, Pengurusan Teknologi, Rekabentuk Industri, Rekabentuk Pepaipan Proses, Latihan Industri 1, Latihan Industri 2
|
JUMLAH KREDIT - 91
| Syarat Graduat |
-
Bakal graduan perlu LULUS semua subjek di atas dengan Kedudukan Akademik Baik (KB) dan Purata Nilaimata Gred Kumulatif (PNGK) paling kurang 2.00 dan juga perlu TRAMPIL Sijil Kemahiran Malaysia Pelukis Pelan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) Tahap 1, 2 & 3 dalam tempoh masa yang sama untuk bergraduat.
-
Tempoh pengajian maksimum adalah 12 semester sahaja.
|
|