Informasi

  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Program Akademik
    • Diploma UTM
      • Diploma Kej. Elektrik
      • Diploma Tek. Senibina
      • Diploma Tek. Mekanikal
      • Diploma Tek. Elektronik
      • Diploma Sains Komputer
      • Diploma Pengurusan Tek.
    • Sijil JPK
    • Kalendar Akademik
  • Berita & Galeri
  • Perpustakaan
  • Hubungi Kami
Ahad, 20.05.2012
  • Berita
  • Kursus
  • Webmail
  • Borang Online
  • Hubungi Kami
utm DTE - Diploma Teknologi Elektronik (Industri) (A1401)

Pelajar_DTE

Penerangan
Kursus Diploma Teknologi Elektronik (Industri) merangkumi ilmu elektronik perhubungan, teori litar, ilmu mikropemprosesan dan sebagainya. Bakal - bakal graduan berpeluang untuk memenuhi pasaran bidang elektronik industri.
Peluang Kerjaya

Graduan lulusan Diploma Teknologi Elektronik (Industri) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.

Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

  • Penyelia Elektronik

  • Pembantu Jurutera Elektronik

Syarat Kemasukan

Berikut merupakan syarat kemasukan bagi kursus Diploma Teknologi Elektronik (Industri) :

  • Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) matapelajaran lain ; ATAU

  • Lulus SPM atau setaraf dengannya serta mendapat TIGA (3) kepujian termasuk :

a) Bahasa Melayu, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Matematik ; ATAU

b) Matematik, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Melayu.

  • Tempoh pengajian bagi kursus ini adalah selama 6 semester iaitu bersamaan dengan 3 tahun.

  • Yuran pengajian bagi kursus ini adalah RM 4,250 bagi satu semester.

  • Bagi kos-kos lain serta tawaran pinjaman pelajaran akan diberitahu semasa pendaftaran.

Akreditasi Pengiktirafan - KLIK
Kurikulum
Tahun 1

Litar Elektrik 1, Pengenalan Komputer, Lukisan Kejuruteraan Berbantu  Komputer, Elektronik 1, Elektronik Digital 1, Pengaturcaraan

Tahun 2

Litar Elektrik 2, Elektronik 2, Elektronik Digital 2, Elektronik Kuasa, Mikropemproses 8-Bit, Sistem Kawalan

Tahun 3

Pengautomatan Industri, Mikropemproses 16-Bit, PLC & Robotik, Konsep Selenggaraan, Sistem Perhubungan, Projek Akhir 1, Projek Akhir 2

JUMLAH KREDIT - 91

Syarat Graduat
Bakal graduan perlu LULUS semua subjek di atas dengan Kedudukan Akademik Baik (KB) dan Purata Nilaimata Gred Kumulatif (PNGK) paling kurang 2.00 dan juga perlu TRAMPIL Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Elektronik Industri Tahap 1, 2 & 3 dalam tempoh masa yang sama untuk bergraduat.

Tempoh pengajian maksimum adalah 12 semester sahaja.

 
Banner
Copyright © 2012 Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Hakcipta Terpelihara.Penghargaan
ITPYPJ adalah salah sebuah kolej Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.