|
DDC - Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (A1798)

| Penerangan |
-
Dengan mengikuti program Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat), bakal graduan akan memiliki teori dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat serta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi ke industri yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal IT yang tinggi dalam mengendalikan infrastruktur IT canggih masakini.
|
Peluang Kerjaya
|
-
Graduan lulusan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.
Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan menggunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/IT assistant officer
- Pembangun Web/web developer
- Penolong Sokongan Teknikal/technical support assistant
- Penolong Pentadbir Pangkalan Data/database administrator assistant
- Penolong Pentadbir Sistem/system administrator assistant
- Penolong Jurutera Rangkaian/network engineer assistant
- Penolong Pengurus Projek/project manager assistant
|
| Syarat Kemasukan |
-
Berikut merupakan syarat kemasukan bagi kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) :
- Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) matapelajaran lain ; ATAU
- Lulus SPM atau setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk :
-
a) Bahasa Melayu, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Matematik ; ATAU
-
b) Matematik, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Melayu.
- Tempoh pengajian bagi kursus ini adalah selama 6 semester iaitu bersamaan dengan 3 tahun.
-
- Yuran Pengajian bagi kursus ini adalah RM 3,700 bagi satu semester. Kos-kos lain serta tawaran pinjaman pelajaran akan dimaklumkan di dalam Surat Tawaran.
|
| Akreditasi Pengiktirafan - KLIK |
| Kurikulum |
| Tahun 1 |
|
Metodologi Pemprograman, Logik Digital, Aplikasi Komputer, Pengaturcaraan 1, Organisasi Komputer & Bahasa Himpunan
|
| Tahun 2 |
|
Pengaturcaraan 2, Pengaturcaraan Dlm. Penyelidikan Operasi, Perisian Sistem, Komunikasi Data, Struktur Data, Pangkalan Data, Kaedah Analisis & Rekabentuk Sistem
|
| Tahun 3 |
|
Sistem Maklumat Pengurusan, Pengaturcaraan 3, Rangkaian Komputer, Pengaturcaraan Antaramuka Pengguna, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web 1, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Kejuruteraan Perisian, Pemasangan & Selenggaraan Sistem Komputer, Keselamatan Komputer, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web 2
|
JUMLAH KREDIT - 93
| Syarat Graduat |
-
Bakal graduan perlu LULUS semua subjek di atas dengan Kedudukan Akademik Baik (KB) dan Purata Nilaimata Gred Kumulatif (PNGK) paling kurang 2.00.
-
Tempoh pengajian maksimum adalah 12 semester sahaja.
|
|