Informasi

  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Program Akademik
    • Diploma UTM
      • Diploma Kej. Elektrik
      • Diploma Tek. Senibina
      • Diploma Tek. Mekanikal
      • Diploma Tek. Elektronik
      • Diploma Sains Komputer
      • Diploma Pengurusan Tek.
    • Sijil JPK
    • Kalendar Akademik
  • Berita & Galeri
  • Perpustakaan
  • Hubungi Kami
Jumaat, 30.07.2010
  • Berita
  • Kursus
  • Webmail
  • Borang Online
  • Hubungi Kami
utmDDW - Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) (A1800)

Pelajar_DDW

Penerangan
Bakal graduan yang telah mengikuti kursus ini akan mendapat ilmu pengetahuan dalam pengurusan serta ilmu pengetahuan dalam bidang perakaunan. Bakal - bakal graduan juga akan dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari di dalam industri teknologi di mana mereka akan dapat menyelesaikan masalah pengurusan berasaskan fakta dan idea yang kukuh.
Peluang Kerjaya

Graduan lulusan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan di universiti-universiti tempatan.

Graduan lulusan kursus ini juga berpeluang mendapat pekerjaan di mana-mana institusi kerajaan atau swasta dengan mengunakan sijil kelayakan diploma tersebut. Di antara peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah :

  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Akauntan
  • Penolong Juruaudit
  • Penolong Pegawai Kewangan
Syarat Kemasukan
Berikut merupakan syarat kemasukan bagi kursus Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) :
  • Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) matapelajaran lain ; ATAU
  • Lulus SPM atau setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk :

a) Bahasa Melayu, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Matematik ; ATAU

b) Matematik, DUA (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Melayu.

  • Tempoh Pengajian bagi kursus ini adalah selama 6 semester iaitu bersamaan dengan 3 tahun.
  • Yuran pengajian bagi kursus ini adalah RM 3,300 bagi satu semester.
  • Kos-kos lain serta tawaran pinjaman pelajaran akan dimaklumkan dalam Surat Tawaran.
Akreditasi Pengiktirafan - KLIK
Kurikulum
Tahun 1

Aplikasi Mikro Komputer, Prinsip Pengurusan, Pengantar Mikroekonomi, Perakaunan Kewangan 1, Matematik Perniagaan, Pengenalan Perniagaan, Pengantar Makroekonomi, Perakaunan Kewangan 2

Tahun 2

Prinsip Pemasaran, Statistik Perniagaan, Perakaunan Kos, Undang-undang Perniagaan, Perakaunan Pertengahan 1, Pengurusan Pembelian, Perakaunan Pengurusan, Pengenalan Kewangan, Perakaunan Berkomputer

Tahun 3

Pengenalan Pengurusan Operasi, Perakaunan Pertengahan 2, Percukaian 1, Audit, Komunikasi Perniagaan, Sistem Kewangan Islam, Undang-undang Perkongsian & Syarikat, Percukaian 2, Perakaunan Kewangan Lanjutan

JUMLAH KREDIT - 94

Syarat Graduat
Bakal graduan perlu LULUS semua subjek di atas dengan Kedudukan Akademik Baik (KB) dan Purata Nilaimata Gred Kumulatif (PNGK) paling kurang 2.00.

Tempoh pengajian maksimum adalah 12 semester sahaja.

 
Banner
Copyright © 2010 Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Hakcipta Terpelihara.Penghargaan
ITPYPJ adalah salah sebuah kolej Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.