|
- Dilarang berkelakuan tidak senonoh, berbual kosong.membuat bising, berdua-duaan atau menggangu pengguna lain.
- Dilarang membawa makanan,minuman dan telefon bimbit.
- Dilarang melakukan perbuatan vandalisme seperti menconteng, mengoyak, mencuri dan merosakkan koleksi perpustakaan.
- Semua pengguna mesti memakai kad matrik sepanjang berada di perpustakaan.
- Barang-barang seperti bag, payung, topi, fail dan lain-lain mestilah di letakkan di tempat yang disediakan.
Keahlian Perpustakaan
- Setiap pelajar yang mendaftar di kolej KPYPJ telah menjadi ahli perpustakaan.
- Setiap ahli perpustakaan akan hilang hak sebagai ahli perpustakaan KPYPJ sekiranya ia tamat tempoh belajar, dikenakan tindakan tatatertib dan berhenti dari KPYPJ.
- Semua urusan peminjaman bahan perpustakaan mesti dilakukan di kaunter perpustakaan dan para pelajar mesti membawa kad matrik untuk pinjaman buku dan bahan-bahan rujukan di perpustakaan.
- Para pelajar di benarkan meminjam sebanyak 3 naskah dan tempoh peminjaman selama 1 minggu dan boleh melanjutkan tarikh pinjaman sebanyak 3 kali iaitu tiga minggu.
- Para pensyarah dibenarkan meminjam sebanyak 5 naskah.tempoh yang di beri selama 1 bulan dan boleh menambah tarikh pinjaman selama tiga kali iaitu tiga bulan
- Buku-buku yang telah di pinjam hendaklah dipulang sendiri oleh para pengguna.
- Bagi buku-buku yang telah di pinjam anda kehendaki membuat tempahan di kaunter perpustakaan.Bahan yang ditempah akan di simpan selama 3 hari di kaunter dan jika tidak dituntut bahan itu akan di simpan dirak terbuka.
Perkhidmatan Fotostat
- Pengguna boleh membuat salinan fotostat di perpustakaan dengan kadar bayaran 10 sen sekeping dan 15 sen badi depan dan belakang saiz A4 dan 20 saiz A3.
Perkhidmatan Internet
- Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan internet yang di sediakan
- Dengan mendaftar nama di kaunter terlebih dahulu, dan caj akan dikenakan sebanyak RM 1 jam.
Perkhidmatan Printer
- Perkhidmatan printer juga di sediakan bagi satu helai hitam putih 30 sen sehelai dan jika berwarna mengikut warna yang di gunakan.
Perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan
Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan bantuan pegawai perpustakaan atau pembantu perpustakaan dan penggunaannya adalah terhad di dalam perpustakaan sahaja.
Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan Darul Hikmah bolehlah merujuk Pegawai Perpustakaan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Darul Hikmah.
Perpustakaan Al- Biruni juga telah melanggan British Council e-library. Pelbagai pengkalan data boleh digunakan dari British Council untuk mendapatkan maklumat antaranya seperti dari Oxford University Press Journals Online, Lexis Nexis, Emerald Management Review dan sebagainya. Pelajar boleh mendapatkan bantuan penggunaan pengkalan data ini dari Pegawai Perpustakaan.
Sebanyak 2 buah bilik perbincangan disediakan untuk kegunaan pelajar. Hanya 5 orang pelajar boleh masuk dalam satu masa.
|