|
Kata-Kata Aluan Daripada Ketua Eksekutif ITPYPJ
Salam 1 Malaysia, Keadaan globalisasi ekonomi yang mencabar sekarang memerlukan setiap ihsan mempunyai tahap kecekapan, kemahiran serta profesionalisme yang tinggi. Ihsan-ihsan ini dikehendaki menyahut cabaran ini serta membawa Malaysia keluar daripada kemelut ekonomi yang tidak menentu sekarang. Inilah situasi yang Institut Teknologi Perindustrian YPJ terpaksa lalui dalam menjalankan amanah membina ihsan-ihsan seperti ini. Mereka bukan sahaja perlu memenuhi kriteria seperti di atas tetapi juga perlu memenuhi kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak zaman merdeka lagi. Setelah sekian lama, ITPYPJ telah memenuhi quota kerjaya bidang Sains dan Teknologi dengan membekalkan ihsan yang kental serta berdaya saing di bidang tersebut. ITPYPJ akan terus menerajui dan mengekalkan tradisi ini serta memperbaiki kelemahan yang ada supaya ihsan-ihsan ini akan membawa negara ke status sosio-ekonomi yang lebih cemerlang dan gemilang. Sekian. AKADEMIK CEMERLANG, SAHSIAH TERPUJI JAMALUDDIN BIN HAMZAH
Ketua Eksekutif ITPYPJ
|
