|
Galeri - Konvokesyen UTM 2009 Sabtu, 21 November 2009 - Pihak ITPYPJ ingin mengucapkan tahniah kepada semua graduan ITPYPJ yang telah dianugerahkan diploma masing-masing dalam Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma Bagi Graduan Program Kerjasama 2009. Ia melibatkan seramai 97 orang bekas pelajar ITPYPJ dalam pelbagai program. Dari kalangan 14 orang graduan terbaik (Diploma Kelas Pertama), 3 orang adalah daripada ITPYPJ; mereka adalah Juliana Jaafar (DMR), Mohd Nizam Mohd Khatif (DMR) dan Muhammad Shahril Jamingan (DMA). Pihak Kolej sangat berbangga dengan pencapaian cemerlang ini. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pelajar terbabit. Tidak lupa, Terima Kasih kepada seluruh warga kerja kolej di atas sumbangan anda semua.
|
