Khamis, 17 Disember 2009 - Pihak ITPYPJ telah menerima kunjungan oleh pelajar-pelajar Jepun iaitu daripada MiyazakiKiretsuKogaseSecondary School.Rombongan tersebut diketuai oleh Encik Noritake Ikeuchi (Pengetua) dan disertai 30 orang pelajar. Seramai 15 orang pelajar ITPYPJ terpilih untuk mengiringi rombongan tersebut. ITPYPJ telah mempertontonkan beberapa persembahan, antaranya ialah Kompang, Silat Selamat Datang, Tarian Inang dan Tarian Zapin. Para tetamu telah dilibatkan dalam pelbagai permainan dan aktiviti tradisional Melayu/Johor, antaranya ialah Congkak, Sepak Raga Bulatan, Teng-teng, Chap-teh, Inai, Mengayam Ketupat, Khat Jawi, Batu Seremban, dan sebagainya lagi. Program tersebut telah berlangsung dengan lancar dan sempurna, dan telah mendapat pujian baik oleh pelbagai pihak. Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mohd Azri Sahari dan Encik Muhammad Rajak.
(Gambar oleh Nazrul bin Ismail)
(Untuk gambar-gambar lain sila hubungi Encik Nazrul bin Ismail [013-7806312] untuk harga serta maklumat lanjut)